CARA PENGAMBILAN DAN PENGHANTARAN KE DESTINASI
Kepada para pelanggan yang dihormati, kami menyediakan servis pengambilan dan penghantaran (door-to-door) dari/ke lokasi dan destinasi yang anda kehendaki. Kami sedia membantu untuk mempercepatkan proses penghantaran bagi menjimatkan masa anda untuk penghantaran kenderaan anda ke port. Selain itu, kami juga menyediakan dua cara pengambilan iaitu dengan penggunaan car carrier dan treler. Kami juga mempunyai kakitangan yang berpengalaman dalam pemanduan sebagai alternatif pengambilan kenderaan anda secara pandu untuk memastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan yang baik dan selamat tiba ke destinasi.
PENYERAHAN KUNCI / KEYLESS REMOTE KENDERAAN
Sila PASTIKAN tiada sebarang kunci lain disertakan atau diletakkan di dalam kenderaan selain daripada kunci / keyless remote kenderaan yang dihantar sahaja sewaktu penyerahan kunci dan kenderan anda kepada kakitangan syarikat kami.
JANGAN serahkan KUNCI PENDUA/SPARE KEY, KUNCI RUMAH atau LAIN-LAIN KUNCI bagi mengelakkan dari hilang atau tercicir. Sekiranya tidak berbuat demikian, segala kerugian atau kehilangan tidak akan ditanggung oleh pihak syarikat.
PEMBATALAN TEMPAHAN / PEMINDAAN TARIKH
Pelanggan yang dihormati, kami ingin memaklumkan sebarang pembatalan tempahan “Cancellation Booking” atau perubahan pemindaan tarikh pelayaran hendaklah dibuat 10 hari awal sebelum tarikh perlayaran kapal. Jika tidak, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak RM200 jika membuat pembatalan tempahan di saat akhir sebelum pelayaran.

SILA BACA
- Hanya PAKAIAN, PERALATAN DAPUR, KELENGKAPAN RUMAH dan BUKU harian dibenarkan dibawa masuk ke dalam kereta dan perlu untuk dimasukkan ke dalam kotak.
- Jika ada barangan elektrik/elektronik, ia juga boleh dibawa bersama kenderaan, tetapi kami ingin menjelaskan bahawa setiap item adalah atas risiko dan tanggungjawab pemilik kenderaan sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan semasa pelayaran.
- Kotak maksimum hanya 5-6 KOTAK/BEG dengan berat untuk satu kotak bersamaan dengan 10kg – 15kg.
- Barangan peribadi yang dibawa bersama kenderaan hendaklah disusun seperti dalam rajah yang disediakan. Item mesti TIDAK MELEBIHI paras cermin depan seperti label merah.