Dokumen Penghantaran Kenderaan

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan

  • Salinan IC Pemilik (seperti nama pada geran kenderaan) Muka surat depan dan muka surat belakang
  • Salinan Polisi Insurans (jika pinjaman sudah selesai)
  • Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan/ Geran Kenderaan (muka surat depan & muka surat belakang untuk geran lama sahaja)
  • Surat Pelepasan Pinjaman / Kebenaran Bank. Jika kenderaan tersebut masih ada pinjaman.
    Sila mohon Surat Pelepasan Pinjaman / Kebenaran Bank dari bank yang membiayai pinjaman kenderaan anda (wajib ada jika ada pinjaman)

Contoh Dokumen Untuk Tempahan

Contoh Salinan Kad Pengenalan

Contoh Salinan Polisi Insurans Kenderaan

Contoh Salinan Geran Lama Kenderaan (Depan & Belakang)

*** Jika kenderaan anda sudah habis / selesai pembayaran pinjaman bank, pastikan geran kenderaan anda mempunyai Cop BATAL dari pihak JPJ untuk meneruskan tempahan penghantaran kenderaan dengan kami.

Contoh Salinan Geran Baru

Contoh Surat Kebenaran dari Bank

Contoh Surat Perlepasan dari Kedai

Contoh Surat Perlepasan dari Aeon Kredit

Contoh Dokumen Lain – Lain

  • Jika anda membeli kenderaan anda secara cash (pembelian tanpa pinjaman), dokumen yang diperlukan untuk menempah slot penghantaran kenderaan adalah sama seperti dokumen diatas. Akan tetapi jika anda kehilangan / tiada polisi insurans, anda boleh sertakan resit pembelian cash kenderaan anda  kepada kami seperti contoh dibawah:
  • Jika kenderaan anda sudah habis / selesai pinjaman dan anda tiada polisi insurans, anda perlulah pergi ke pejabat JPJ untuk mengambil surat maklumat terperinci kenderaan dan insurans.
  • Jika anda membuat pertukaran hak milik kenderaan, anda perlulah mendapatkan surat rujukan penukaran hak milik di pejabat JPJ berdekatan untuk meneruskan tempahan slot hantar kenderaan dengan kami.

Contoh Resit Pembelian Cash

Contoh Surat Rujukan Pertukaran Hak Milik

Contoh Surat Maklumat Terperinci Kenderaan dan Insurans

This will close in 0 seconds