NOTIS PENTING UNTUK PELANGGAN YANG
TELAH MEMBUAT TEMPAHAN
Maklumat ini penting dan wajib dibaca oleh semua pelanggan.
MAKLUMAN PEMBATALAN TEMPAHAN /
PERUBAHAN PEMINDAAN TARIKH
Pelanggan yang dihormati, kami ingin memaklumkan sebarang pembatalan tempahan “Cancellation Booking“ atau perubahan pemindaan tarikh pelayaran hendaklah dibuat 10 hari awal sebelum tarikh perlayaran kapal. Jika tidak, anda akan dikenakan caj pembatalan / cancellation fee jika membuat pembatalan tempahan di saat akhir sebelum pelayaran.
MAKLUMAN PENYERAHAN KUNCI /
KEYLESS REMOTE KENDERAAN
Sila PASTIKAN tiada sebarang kunci lain disertakan atau diletakkan di dalam kenderaan selain daripada kunci / keyless remote kenderaan yang dihantar sahaja sewaktu penyerahan kunci dan kenderan anda kepada kakitangan syarikat kami.
JANGAN serahkan KUNCI PENDUA/ SPARE KEY, KUNCI RUMAH atau LAIN-LAIN KUNCI bagi mengelakkan dari hilang atau tercicir. Sekiranya tidak berbuat demikian, segala kerugian atau kehilangan TIDAK AKAN DITANGGUNG oleh pihak syarikat.
MAKLUMAN JIKA ADA MODIFIKASI
KENDERAAN & BARANG AKSESORI TAMBAHAN
1. Jika anda ada membuat PENAMBAHAN POWER AMP ATAU SUBWOOFER pada kenderaan, ANDA DIMINTA UNTUK KELUARKAN DARIPADA KENDERAAN bagi mengelakkan risiko kehilangan.
2. Jika anda ada membuat MODIFIKASI KENDERAAN SEPERTI PENUKARAN ENJIN / PERTAMBAHAN METER / LOWERED KERETA, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:
-
- Jika ada buat penukaran enjin, ANDA DIMINTA PERGI KE PUSPAKOM UNTUK BUAT ENDORSEMENT.
- Jika ada penambahan meter, ANDA DIMINTA UNTUK CABUT DAN KELUARKANNYA DARI KENDERAAN bagi mengelakkan risiko kehilangan.
- Jika kenderaan lowered, kita perlu menggunakan single car carrier untuk memasukkan dan mengeluarkan kenderaan ke dalam kapal.
(**Caj tambahan akan dikenakan untuk penggunaan single car carrier)
3. Jika anda ada AKSESORI TAMBAHAN KENDERAAN seperti DashCam, GPS, Sistem Audio, Meter Tambahan, Power Amplifier dan Android Player, ANDA DIMINTA UNTUK KELUARKAN DARI KENDERAAN.
4. Bagi AKSESORI ASAL KENDERAAN seperti dashcam asal, ANDA HANYA PERLU MENCABUT KAD SD SAHAJA.
Hanya aksesori tambahan yang dipasang didalam kenderaan sahaja perlu dikeluarkan. Manakala, untuk dashcam tambahan, ANDA PERLU MENCABUT KESELURUHAN UNIT DASHCAM.
Nota:
Aksesori tambahan lain yang tidak nyatakan juga tidak disarankan berada didalam kenderaan. Setiap aksesori tambahan & barangan yang dibawa adalah atas risiko pelanggan jika berlaku kerosakan / kehilangan dan tidak boleh tuntut pada pihak syarikat.
5. Seterusnya, ANDA JUGA DIMINTA UNTUK KELUARKAN BARANG – BARANG PERIBADI seperti dibawah:
-
- USB cable
- Smart Tag
- Kad Touch n Go
- Spek Mata
- CD Lagu
- Pewangi Kereta
- Duit Syiling
- Pendrive
- Phone Holder
- Key Chain pada kunci
MAKLUMAN PENTINGNYA INSURANS MARIN
& RISIKO YANG DILINDUNGI
INSURAN MARINE ADALAH WAJIB UNTUK DIAMBIL
Insurans Marin WAJIB DIAMBIL untuk setiap kenderaan yang dihantar bagi melindungi kenderaan tersebut semasa proses penghantaran melalui laut. Ini bagi memastikan pemilik kenderaan mendapat perlindungan penuh sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti kemalangan sepanjang perjalanan.
Ventura Trans and Services Sdn Bhd bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada semua pelanggan mengenai kepentingan insurans marin.
Secara ringkasnya, insurans ialah MEMINDAHKAN risiko — di mana sebarang kerugian/ kehilangan/ kerosakan kenderaan yang dihantar akan ditanggung oleh SYARIKAT INSURANS bukan pemilik kenderaan.
Dengan insurans ini, SYARIKAT INSURANS akan MEMBAYAR segala kerugian yang di tanggung oleh anda. Insurans Marin memberikan perlindungan penuh kepada kenderaan-kenderaan yang dibawa menggunakan kapal laut. Perlindungan bermula dari perlabuhan asal (Port of Loading) hingga sampai di perlabuhan destinasi (Port of Discharge).
Untuk memastikan pelanggan mendapat perlindungan terbaik, Ventura Trans and Services berkerjasama dengan TOKIO MARINE INSURANS MALAYSIA (BERHAD) dalam menyediakan pakej perlindungan terbaik untuk anda.
RISIKO YANG DILINDUNGI
Polisi insurans marin memberikan perlindungan terhadap beberapa risiko utama dalam penghantaran kenderaan, seperti:
✅ Kebakaran dan letupan.
✅ Kapal terkandas, tersadai, tenggelam atau terbalik.
✅ Kenderaan terbalik atau terbabas semasa dalam perjalanan.
✅ Kapal atau kenderaan terlanggar atau bersentuhan dengan apa-apa objek luaran yang selain daripada air.
✅ Pemunggahan kenderaan di pelabuhan yang berlaku kecemasan.
✅ Pengorbanan purata am (General Average).
✅ Jettison (Pembuangan muatan bagi mengurangkan bebanan kapal dalam situasi kecemasan).
✅ Caj penyelamatan dan kos buruh untuk menyelamatkan kenderaan.
Nota:
Kadar bayaran minimum untuk mendapatkan insurans marin ini ialah RM94, walaupun harga pasaran kenderaan kurang daripada RM33,000. Sebarang tuntutan akan berdasarkan harga pasaran semasa kenderaan tersebut.
Barang/ Muatan/ Personal Effect, , seperti telefon bimbit, komputer riba, syiling, SmartTAG, dan lain-lain yang diletakkan di dalam kenderaan tidak dilindungi oleh insurans ini.
Pihak insurans tidak bertanggung jawab bagi kehilangan aksesori barang tambahan seperti turbometer, speaker tambahan, subwoofer dan lain-lain lagi. Hanya Aksesori Kenderaan Standard SAHAJA ditanggung.
MAKLUMAT LOKASI &
WAKTU PENYERAHAN KENDERAAN
LOKASI WAREHOUSE VENTURA
Alamat Warehouse Ventura Trans & Services (M) Sdn Bhd :
4230-AA, Persiaran Raja Muda Musa, Kampung Raja Uda, 42000 Port Klang, Selangor
Maps Ventura Trans & Services (M) Sdn Bhd :
https://maps.app.goo.gl/XQ47Sz5kACMXMKPo7
WAKTU OPERASI WAREHOUSE
Hari Operasi : Isnin – Khamis
Waktu Operasi : 10.00 pagi – 5.30 petang
Rehat : 1.00 tengah hari – 2.00 petang
Hari Operasi : Jumaat
Waktu Operasi:
Sesi Pagi : 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
Sesi Petang : 3.00 petang – 5.30 petang
Rehat : 1.00 tengah hari – 3.00 petang
Hari Operasi : Sabtu
Waktu Operasi : 10.00 pagi – 1.30 tengah hari